Monday, March 7, 2011

Program Cuti Sekolah

Assalamualaikum wrt
          Alhamdulillah, kita merasa bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah memberi kita kesihatan dan kesempatan untuk terus hidup di dimuka bumi Allah ini. Pada bulan Mei - Jun ini anak-anak kita akan bercuti panjang untuk berehat sempena cuti sekolah. maka hendaklah kita memastikan anak-anak kita mengisi masa lapang mereka nanti dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai Ibu dan Bapa. Mengatur kehidupan seharian anak kita dengan perkara yang bermanfaat supaya mereka tidak berkesempatan untuk melakukan perkara yang sia-sia dan melalaikan sehingga menyebabkan mereka terjebak kepada perkara yang morasakkan.
         Pusat bimbingan Huffaz ada menyediakan Program Penghayatan Hidup Islam sepanjang cuti sekolah ini bermula dari 30 Mei - 2 Jun 2011 sebagai satu usaha untuk membantu ibu Bapa dalam mengisi masa cuti sekolah anak mereka dengan perkara yang bermanfaat. Antara pengisian Program ini adalah seperti berikut:

  • Tahsin ( perbaiki) Solat
  • Tahsin Akhlak
  • Kuiz / Latihan dalam kumpulan LDK

Disini kami megalu-alukan Penyertaan dari semua pihak sebagai satu usaha untuk membina generasi yang bertaqwa dimasa hadapan .Masa pembelajaran  8.30pg - 5.00ptg.

Pertanyaan dan pendaftaran, Walk In Pusat Bimbingan Huffaz atau hubungi 012-9077061 / 013-2508055

"Anak permata yang indah sentiasalah kita berusaha mengilapnya supaya ia terus bersinar dan menyinar"