Sunday, October 30, 2011

Program Pengisian Cuti Sekolah 2011

     Cuti sekolah tiba lagi, pihak Pusat Bimbingan Huffaz (PBH)seperti mana biasa mengatur pengisian-pengisian bagi mengisi masa lapang anak-anak dan remaja dengan perkara yang berfaedah bagi mengelakkan dari keterlibatan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan anak-anak dan remaja kita.Program Pengisian Cuti Sekolah yang dianjurkan pihak PBH berkonsepkan pengisian masa lapang dengan aktiviti keagamaan dan pemantapan ilmu-ilmu asas Agama. 

     Di antara modul pengisian bagi program kali ini ialah: KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN IQRA', KELAS BIMBINGAN FARDHU AIN DAN PENGHAYATAN HIDUP ISLAM.Ketiga-tiga modul ini disatukan dan dijadikan Modul dalam Program Pengisian Cuti Sekolah pada kali ini.Dengan harapan dapat memberi sedikit manfaat dan ilmu tambahan kepada anak-anak dan remaja serta menimbulkan minat dan rasa cinta didalam hati mereka terhadap Agama yang suci ini. 

     Program ini akan bermula dari 28 Oktober sehingga 18 November 2011 (3 minggu), setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 8pg hingga 5pt. Yuran RM 200.00 seorang termasuk makan ( 3x sehari )dan File. 

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Us Faizal Adha 013-2508055 atau Us Zulka Pili 012-9077061.

Monday, March 7, 2011

Program Cuti Sekolah

Assalamualaikum wrt
          Alhamdulillah, kita merasa bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah memberi kita kesihatan dan kesempatan untuk terus hidup di dimuka bumi Allah ini. Pada bulan Mei - Jun ini anak-anak kita akan bercuti panjang untuk berehat sempena cuti sekolah. maka hendaklah kita memastikan anak-anak kita mengisi masa lapang mereka nanti dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai Ibu dan Bapa. Mengatur kehidupan seharian anak kita dengan perkara yang bermanfaat supaya mereka tidak berkesempatan untuk melakukan perkara yang sia-sia dan melalaikan sehingga menyebabkan mereka terjebak kepada perkara yang morasakkan.
         Pusat bimbingan Huffaz ada menyediakan Program Penghayatan Hidup Islam sepanjang cuti sekolah ini bermula dari 30 Mei - 2 Jun 2011 sebagai satu usaha untuk membantu ibu Bapa dalam mengisi masa cuti sekolah anak mereka dengan perkara yang bermanfaat. Antara pengisian Program ini adalah seperti berikut:

  • Tahsin ( perbaiki) Solat
  • Tahsin Akhlak
  • Kuiz / Latihan dalam kumpulan LDK

Disini kami megalu-alukan Penyertaan dari semua pihak sebagai satu usaha untuk membina generasi yang bertaqwa dimasa hadapan .Masa pembelajaran  8.30pg - 5.00ptg.

Pertanyaan dan pendaftaran, Walk In Pusat Bimbingan Huffaz atau hubungi 012-9077061 / 013-2508055

"Anak permata yang indah sentiasalah kita berusaha mengilapnya supaya ia terus bersinar dan menyinar"

Monday, February 7, 2011

mencari penderma untuk menampung perbelanjaan bulanan sekolah

Assalamualaikum wrt,
Tuan/puan yang dirahmati oleh Allah swt
pihak Pengurusan Pusat Bimbingan Huffaz sedang mencari para Dermawan yang sudi untuk menjadi penderma ikhlas atau penaja yang sudi untuk menderma atau menaja sebahagian kos perbelanjaan bulanan Pusat Bimbingan Huffaz .
sebahagian perbelanjaan bulanan yang diperlukan seperti berikut:

  • Kos sewa bulanan Sekolah : RM 1400.00
  • Gaji Guru : RM 1000.00 x 4org
  • Elektrik & air : RM 600.00 
jumlah keseluruhan di atas ialah RM 6000.00 Sebulan.
justeru Pihak Pusat Bimbingan mengharapkan adanya individu atau badan-badan korporat yang sudi untuk menderma atau menangung kos perbelanjaan bulanan yang diperlukan ini. sumbangan ini bagi memastikan pusat-pusat agama seperti ini terus berkembang dan bertahan untuk menyampaikan dakwah islamia.

Bagi yang ingin menjadi penderma atau penaja bolehlah menghubungi Us Zulkifli 012-9077061 atau Us Faizal Adha 013-2508055. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam A/C 12122010006160 atau cek atas nama Pusat Bimbingan Huffaz. T.Kaseh.

Monday, January 31, 2011

kelas mengaji kanak & dewasa

Kelas Mengaji al-Quran Dan Iqra' untuk Kanak-kanak Remaja dan Dewasa  telah bermula.

  • Kelas diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 pg - 10.30pg, seminggu 2kali.
  • Yuran Rm 50 sebulan. Terbuka kepada semua yang berminat yang boleh mengaji atau tidak boleh
  • Ustaz yang mengajar kebanyakanya para hafiz al-quran .
  • Kaedah pembelajaran secara Talaqqi ( one buy one dengan ustaz ) jadi tak perlu rasa malu
Berminat Walk in atau Hubungi 012-9077061 / 013 - 2508055

kelas al-quran dan fardhu ain & kelas tahfiz



Assalamualaikum wrt,
Alhamdulillah, dengan izin dari allah swt Pusat Bimbingan Huffaz telah berjaya dibuka di Taman Sri Rampai Setapak Jaya ( berdekatan Wangsa Maju). Bagi Sesi 2011 ini Pusat Bimbingan Huffaz Menawarkan Kelas-kelas seperti berikut:

KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN.
Terbuka kepada kanak-kanak darjah 1-6 juga yang berumur 6 tahun.
Pengisian:

  • Mengaji al-Quran / Iqra'
  • Ilmu-ilmu Fardhu Ain ( Tauhid/Feqah/Akhlak/JAwi/B.arab, dll..)
  • Praktikal Solat

KELAS TAHFIZ
Terbuka kepada Remaja & Kanak 5 - 21 tahun.
Pengisian:

  • Menghafaz 30 Juz al-Quran
  • Fardhu Ain & B.Arab 

berminat / pertanyaan hubungi : 012-9077061 / 013-508055