Wednesday, July 18, 2012

KELAS PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN


PENGENALAN
Pusat Bimbingan Huffaz ditubuhkan pada 1 Disember 2010. Oleh Ustaz Faizal Adha Al-Hafiz (Dip. Tahfiz, IAQM) Ustaz Zul Kapili Al-Hafiz (Dip. Tahfiz, Darul Quran JAKIM), Ustaz Shaiful Izam (Dip. Syariah UMCED, UM).
Pusat Bimbingan Huffaz ditubuhkan untuk membasmi buta Quran dan melahirkan para hafiz yang berkualiti seperti pada generasi sahabat sahabat, tabi’ien dan ulama’ – ulama’ muktabar. Pusat Bimbingan Huffaz dapat memperkembangkan ilmu – ilmu islam dan melahirkan generasi yang soleh.

LEMBAGA TADBIR
Penasihat 1 :Ust Faizal Al-Hafiz, Pengasas Pusat Bimbingan Huffaz   
Penasihat 2 :Ust Zul Kapili Al-Hafiz, Imam masjid KLCC
Penasihat 3 : Ustaz Shaiful Izam Imam masjid KLCC

Pengerusi     : Faizal Al-Hafiz, Pengasas Pusat Bimbingan Huffaz
 Setiausaha : Utz Dzulhilmi (B.A Al-Azhar)
 Bendahari   : Utz Ismail Mohammad
                  
OBJEKTIF PENUBUHAN
Ø  Melahirkan generasi Al-Quran yang cintakan kalam Ilahi,  menghafaz dan memahami dan mengamalkannnya serta menyebarkan kepada orang lain.
Ø  Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah nabi dan beramal dengannya.
Ø  Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar yang mana anak-anak kasih dan hormat kepada kedua ibu bapa.
Ø  Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa du’at.
Ø  Melahirkan kader-kader du’at yang terlatih dan terdidik.

MISI DAN VISI PUSAT BIMBINGAN HUFFAZ
Marilah bersama melahirkan generasi yang hafaz Quran di dada mereka seperti para sahabat Nabi untuk menjadi saham akhirat seterusnya menjadi syafaat kepada keluarganya.


KEISTIMEWAAN PUSAT BIMBINGAN HUFFAZ
Ø  Murid diasuh mengasihi Allah, Anbiya’ dan Aulia’
Ø  Murid ditanam degan asas Ahli Sunnah Wal Jamah.
Ø  Murid dididik dengan akhlak mulia dan berjiwa sufi.
Ø  Murid dibimbing mengahafaz ilmu dengan sistematik.
Ø  Pengajian secara adab talaqqi dan mushafahah guru.

KELAS-KELAS PENGAJIAN :
1)    Tahfiz
2)    Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain(KAFA)
3)    KAFA hujung minggu (KAFA HM)
4)    Kelas Iqra& Al-Quran(Dewasa,Remaja & Kanak-Kanak)
5)    Taski ABIM (4,5,6 TAHUN)
6)    Kelas tuisyen darjah 1,2,3 (sukatan KSSR)
7)    Transit
8)    Kelas-kelas persendirian(Al-Quran,Bahasa Arab & Fardu Ain)


MAKLUMAT YURAN SECARA TERPERINCI:

YURAN KELAS TAHFIZ
BIL
PERKARA
YURAN
1
YURAN PENDAFTARAN
RM 90
2
SERAGAM 2 PASANG
RM 60
3
PEPERIKSAAN
RM 45
4
MAKAN(PILIHAN)
RM 60
5
IHTIFAL
RM 15
6
TRANSPORT(PILIHAN)
RM 60
7
YURAN BULAN PERTAMA
RM 150

YURAN KELAS KAFA(kelas al-quran & fardu ain)
BIL
PERKARA
YURAN
1
YURAN PENDAFTARAN
RM 70
2
SERAGAM 2 PASANG
RM 60
3
PEPERIKSAAN
RM 40
4
MAKAN(PILIHAN)
RM 60
5
IHTIFAL
RM 15
6
TRANSPORT(PILIHAN)
RM 60
7
YURAN BULAN PERTAMA
RM 90




YURAN KELAS KAFA HUJUNG MINGGU(HM)
BIL
PERKARA
YURAN
1
YURAN PENDAFTARAN
RM 50
2
YURAN BULANAN
RM 90


YURAN KELAS AL-QURAN & IQRA(KANAK-KANAK,DEWASA & REMAJA)
BIL
PERKARA
YURAN
1
YURAN PENDAFTARAN
RM 20
2
YURAN BULANAN
RM 50

YURAN TASKI ABIM HUFFAZ
BIL
PERKARA
4 TAHUN
5 TAHUN
6 TAHUN
1
YURAN PENDAFTARAN
RM 150
RM 150
RM 150
2
YURAN MULTIMEDIA
RM 30
RM 30
RM 30
3
BUKU TEKS
RM 95
RM 180
RM 186
4
PERALATAN SEKOLAH(BEG,ALAT TULIS,BUKU,DLL)
RM 70
RM 70
RM 70
5
AKTIVITI
RM 40
RM 40
RM 80
6
YURAN SUKAN TAHUNAN
RM 40
RM 40
RM 40
7
PAKAIAN SUKAN
RM 30
RM 30
RM 30
8
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
RM 25
RM 25
RM 25
9
YURAN TABUNG DAKWAH/PENDIDIKAN
RM 10
RM 10
RM 10
10
TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
RM 5
RM 5
RM 5
11
INFAQ PEMBANGUNAN TASKI-KEBANGSAAN
RM 30
RM 30
RM 30
12
KAD YURAN & REKOD PRESTASI
RM 8
RM 8
RM 8
13
LENCANA & TANDA NAMA
RM 10
RM 10
RM 10
14
KERUSI & MEJA
RM 120
RM 120
RM 120

JUMLAH
RM 663
RM 748
RM 794
*Kerusi Dan Meja Dibawa Pulang Pada Akhir Tahun.

PAKEJ-PAKEJ YANG DISEDIAKAN:
BIL
PAKEJ
MASA
BAYARAN BULANAN
1
TASKI
8.00-1.00 TGHARI
RM 180
2
BISTARI
8.00-5.30 TGHARI
RM 315


PAKEJ TUISYEN DARJAH 1,2,3·         Tuisyen semua subjek (RM 120 sebulan)
·         Mengikut sukatan KSSR
·         Bimbingan asas sebelum UPSR
·         Membantu pelajar dalam homework
·         8 kelas sebulan
·         6 pelajar dalam satu kelas
·         Kelas hujung minggu (pagi/petang)
·         Hari biasa(malam)


SUMBANGAN DAN INFAQ
Muslimin muslimat yang tidak berpeluang menyampaikan ilmu islam dan kerja-kerja dakwah diharap dapatlah kiranya membantu kami dari segi kewangan demi kerja-kerja dakwah dan membuktikan kecintaan kita pada Al-Quran. Sumbangan dan infaq bolehlah dibuat dengan mengahantar ke alamat seperti di atas atau bank-in ke dalam akaun Bank Islam atas nama:

PUSAT BIMBINGAN HUFFAZ
NO AKAUN = 1212 2010 006160
No.Pendaftaran:(001725456-W)
PUSAT BIMBINGAN HUFFAZ
2A-1, JALAN USAHAWAN 7,
OFF JALAN KILANG,
53300 KUALA LUMPUR





Pendaftaran dibuka SEKARANG

SILA HUBUNGI:               @ 013 2508055 - UST FAIZAL
@ 0129077061 - UST ZULKA PILI                                                                                   

Sunday, February 19, 2012

Kelas Kafa Hujung Minggu

Assalamualaikum wrt,

kelas kafa hujung minggu adalah sesuai untuk ibu bapa yang inginkan pendidikan asas Agama untuk anak-anak yang sibuk dengan aktiviti sekolah kebangsaan pada hari persekolahan. Kelas ini mempunyai beberapa sesi kelas yang boleh dipilih, waktu-waktunya seperti berikut:

Sesi pilihan pertama : Sabtu & Ahad,  pukul 8.30pg - 10.30pg
Sesi pilihan kedua : Selasa dan Khamis, pukul 8mlm - 9.30mlm

kelas dua kali seminggu.

Pengisian adalah lebih kepada amali berkaitan ibadah solat, selain pengisian tambahan, pelajaran akidah dan akhlak serta mengaji al-Quran dan Iqra'.

yuran RM 90 sebulan

sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Us Faizal adha al-Hafiz 013-2508055 / Us Zulkiflial-Hafiz 012-9077061..

Tuesday, January 24, 2012

Tadika Islam ( TASKI )

Alhamdulillah, dengan izin dari Allah swt  usaha bagi mengadakan kelas Tadika Islam ( TASKI ) telah berjaya direalisasikan. Dengan kerjasama Yayasan Takmir Taski ABIM kini kami menawarkan Taman asuhan kanak-kanak Islam yang menggunakan kaedah dan sukatan pelajaran Taski ABIM yang mempunyai lebih 200 taski diseluruh Malaysia.

Terbuka kepada kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun, kelas ini mengutamakan pendidikan bercorak islam dan akademik. kaedah pelajaran yang sistematik diterapkan untuk mendidik kakak-kanak agar dapat memahami dan menghayati pelajaran yang diajarkan.

waktu pembelajaran bermula dari pukul 8pg - 1tgh, dan bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak tinggal hingga waktu petang kami juga menawarkan package daycare sehingga pukul 5.30ptg.

Pihak Pusat Bimbingan Huffaz berharap agar usaha ini mendapt sokongan dari ibu bapa, ia juga sebagai satu usaha memakmurkan muka bumi ini dengan majilis-majlis ilmu dan tempat yang diberkati Allah.

sebarang pertanyyan boleh berhubung dengan us Faizal al-Hafiz 013-2508055/ us zulkifli al-Hafiz 012-9077061. atau Walk in Pusat Bimbingan Huffaz.

Sekian, Terima Kaseh.

Sunday, October 30, 2011

Program Pengisian Cuti Sekolah 2011

     Cuti sekolah tiba lagi, pihak Pusat Bimbingan Huffaz (PBH)seperti mana biasa mengatur pengisian-pengisian bagi mengisi masa lapang anak-anak dan remaja dengan perkara yang berfaedah bagi mengelakkan dari keterlibatan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan anak-anak dan remaja kita.Program Pengisian Cuti Sekolah yang dianjurkan pihak PBH berkonsepkan pengisian masa lapang dengan aktiviti keagamaan dan pemantapan ilmu-ilmu asas Agama. 

     Di antara modul pengisian bagi program kali ini ialah: KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN IQRA', KELAS BIMBINGAN FARDHU AIN DAN PENGHAYATAN HIDUP ISLAM.Ketiga-tiga modul ini disatukan dan dijadikan Modul dalam Program Pengisian Cuti Sekolah pada kali ini.Dengan harapan dapat memberi sedikit manfaat dan ilmu tambahan kepada anak-anak dan remaja serta menimbulkan minat dan rasa cinta didalam hati mereka terhadap Agama yang suci ini. 

     Program ini akan bermula dari 28 Oktober sehingga 18 November 2011 (3 minggu), setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 8pg hingga 5pt. Yuran RM 200.00 seorang termasuk makan ( 3x sehari )dan File. 

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Us Faizal Adha 013-2508055 atau Us Zulka Pili 012-9077061.