Sunday, October 30, 2011

Program Pengisian Cuti Sekolah 2011

     Cuti sekolah tiba lagi, pihak Pusat Bimbingan Huffaz (PBH)seperti mana biasa mengatur pengisian-pengisian bagi mengisi masa lapang anak-anak dan remaja dengan perkara yang berfaedah bagi mengelakkan dari keterlibatan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan anak-anak dan remaja kita.Program Pengisian Cuti Sekolah yang dianjurkan pihak PBH berkonsepkan pengisian masa lapang dengan aktiviti keagamaan dan pemantapan ilmu-ilmu asas Agama. 

     Di antara modul pengisian bagi program kali ini ialah: KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN IQRA', KELAS BIMBINGAN FARDHU AIN DAN PENGHAYATAN HIDUP ISLAM.Ketiga-tiga modul ini disatukan dan dijadikan Modul dalam Program Pengisian Cuti Sekolah pada kali ini.Dengan harapan dapat memberi sedikit manfaat dan ilmu tambahan kepada anak-anak dan remaja serta menimbulkan minat dan rasa cinta didalam hati mereka terhadap Agama yang suci ini. 

     Program ini akan bermula dari 28 Oktober sehingga 18 November 2011 (3 minggu), setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 8pg hingga 5pt. Yuran RM 200.00 seorang termasuk makan ( 3x sehari )dan File. 

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Us Faizal Adha 013-2508055 atau Us Zulka Pili 012-9077061.

No comments:

Post a Comment